PESANAN DARIPADA YDP MPP UiTM PULAU PINANG

Posted by Unknown on 5:47 pm with No comments
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Salam UiTM dihatiku.

Update terkini [8:40pagi, 27/12/2014, Sabtu]

Seramai 21 orang pelajar UiTM (Pulau Pinang) masih terkandas dalam banjir di pantai timur yang berjaya melaporkan diri mereka kepada kami, MPP dan dipercayai masih ramai yang terputus talian.

Berikutan cuaca yang semakin buruk dan paras air semakin meningkat, ada dalam kalangan pelajar yang terputus hubungan dan tidak berjaya memaklumkan kepada pihak UiTM (Pulau Pinang).

Sekiranya sahabat sekelas atau rakan sebilik yang masih blum pulang terutamanya pelajar Ijazah Sarjana Muda, bolehlah melaporkan kepada Exco Kebajikan Dan Penempatan iaitu TUAN NOR AMIRA TUAN HASSAN (010-5704388)

Dari Pihak MPP, Kami akan memaklumkan kepada pihak HEA UiTM (Pulau Pinang) nama pelajar yang masih terkandas. Sebarang permasalahan ataupun notis mengenai peperiksaan akan dimaklumkan kepada pelajar.

Tabung khas UiTM telah diutarakan kepada pihak Induk iaitu UiTM Shah Alam. In sya Allah, dalam masa terdekat respon dari pihak utama akan dibalas dan usaha membawa pulang pelajar sedang giat dijalankan bersama UiTM Kedah yang mana jumlah pelajarnya melebihi 100 orang yang terkandas.

Apa yang penting, pelajar dinasihatkan menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan tidak lupa juga untuk berdoa kepada rakyat Malaysia terutama yang berada di pantai timur. Semoga dipermudahkan dalam Segala kesulitan..

Sekian.

SYAHRUDDIN BIN ISMAIL
YANG DIPERTUA,
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang,
Sesi 2014/2015.