MAKLUMAN PENTING !

Posted by Unknown on 4:40 pm with No comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Makluman bagi pelajar yang terkandas dengan banjir, pelajar dikehendaki untuk berurusan dengan pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) dan pihak Unit Peperiksaan UiTM Pulau Pinang.
Pelajar juga dinasihati supaya membuat laporan polis terlebih dahulu bagi menyatakan ketidakhadiran anda pada hari peperiksaan dan menghantar laporan tersebut setelah kembali ke kampus.
Anda juga diminta untuk memaklumkan kepada penasihat akademik masing-masing mengenai status anda.
Mengenai tarikh peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar yang terlibat dengan masalah tersebut akan dimaklumkan semula oleh pihak HEA samada selepas Peperiksaan Akhir tamat atau pada semester hadapan.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) di talian 04-3822813 dan
Unit Peperiksaan di talian 04-3822891, 043823191 dan 04-3823193.

Sekian, terima kasih.

MOHAMAD SHAFUAN BIN JAMALUDIN,
Exco Akademik dan Kepimpinan
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang,
Sesi 2014/2015.