PESANAN DARIPADA EXCO AKADEMIK

Posted by Unknown on 11:02 am with No comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


     Selamat menduduki peperiksaan akhir bagi Sesi Nov-Jan 2014/2015. Walaupun negara kita sedang diuji dengan pelbagai ujian dariNya namun perjuangan kita masih belum tamat. Dengan penuh harapan dan impianibubapa kita ayuh mahasiswa/i kita melakukan yang terbaik dan sebaik mungkin dalam peperiksaan akhir ini. Tidak lupa juga saudara kita yang ditimpa musibah, ringankanlah tangan bermunajat memohon dimudahkan segala urusan olehNya. Insya allah dengan izinNya dipermudahkan. Mahasiswa/i diingatkan untuk mematuhi segala peraturan dan mematuhi etika pemakaian mengikut sahsiah rupa diri yang telah ditetapkan oleh pihak universiti sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Anda juga seharusnya menjaga kesihatan sepanjang musim peperiksaan. Berikut dikepilkan makluman berkaitan kebenaran pelajar membawa kamus versi English-English semasa peperiksaan akhir bagi kod kursus Bahasa Inggeris ELC500, ELC 501 dan ELC 550.
Sekian, terima kasih.

MOHAMAD SHAFUAN BIN JAMALUDIN,
Exco Akademik dan Kepimpinan
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang, 
Sesi 2014/2015.