PERJUMPAAN DENGAN BERTAM STUDENT COUNCIL

Alhamdullilah,
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar telah mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi pertemuan dan perbincangan bersama Bertam Student Council bagi membincangkan isu - isu yang berbangkit di UiTM Kampus Bertam.
Disamping itu, pihak Majlis Perwakilan Pelajar dari UiTM Kampus Permatang Pauh dapat juga berkenalan dengan barisan Bertam Student Council. Kami berharap dengan pertemuan ini pihak kami dapat bekerjasama dan melaksanakan amanah diberikan bagi menjaga kebajikan pelajar terutama di UiTM Kampus Bertam.
Untuk makluman, Bertam Student Council merupakan satu badan organisasi yang ditubuhkan di UiTM Kampus Bertam bagi membantu Majlis Perwakilan Pelajar dari segi kebajikan dan mereka juga menganjurkan program - program yang mampu untuk meningkatkan soft - skills pelajar.
In shaa Allah.
Harap maklum. Sekian, terima kasih.




SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA/I BARU

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016 mengucapkan selamat datang kepada pelajar Diploma pengambilan baru.


Karnival i-Want Sihat

[HEBAHAN UMUM]
Assalammualaikum,
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah bersama UiTM Cawangan Pulau Pinang akan menganjurkan Karnival i-want Sihat.
Karnival ini akan diadakan pada 28 Nov 2015 (Sabtu) pukul 7 pagi - 1 petang di Dewan Besar.
Banyak aktiviti yang menarik akan diadakan seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah mengenai kesihatan dan cabutan bertuah.
Banyak hadiah yang menarik menanti anda.
Kami juga berharap semua warga UiTM Cawangan Pulau Pinang dapat hadir terutama sekali pelajar Ijazah Sarjana Muda.
"Aspirasi Merealisasikan Keunggulan"
Sekian, terima kasih.


CHARTER TRANSPORT

[CHARTER TRANSPORT]
Charter Transport @ UiTM Bertam Campus
Makluman kepada pelajar UiTM Kampus Bertam,
perkhidmatan van charter akan disediakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar bagi memudahkan pergerakan pelajar menuju ke destinasi sekitar Bertam, Jeti di Butterworth serta UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh.
Bayaran dikenakan mengikut destinasi tertentu. Masa operasi seperti berikut:
--> Isnin - Jumaat (2PM - 10PM)
--> Sabtu & Ahad (10AM - 10PM)
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sosial Facebook page Bertam Students Council.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi
2015/2016
UiTM Cawangan Pulau Pinang


Sahsiah Rupa Diri Pelajar