Permatang Pauh
Alamat UiTM Pulau Pinang :
Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang
Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan ianya merupakan kampus ke-11 UiTM. Kampus sebenar UiTM Pulau Pinang ialah di Jalan Permatang Pauh dan mula diduduki dalam bulan Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar di UiTM Pulau Pinang dilaksanakan pada Julai 1996 dengan enrolmen seramai 230 orang pelajar. Kumpulan pertama pelajar ini yang menamatkan pengajian di UiTM Pulau Pinang ialah pada Mei 1999.
Staf permulaan di sini adalah seramai 40 orang termasuk 9 orang staf akademik. Tumpuan utama UiTM Pulau Pinang adalah kepada bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam di peringkat diploma.
Kampus tetap telah dirancang pembinaannya sejak 1995 dengan kapasiti 10,000 enrolmen dengan kejuruteraan, pengurusan HOTEL dan pelancongan sebagai bidang-bidang utama.
MOTTO
Usaha, Taqwa, Mulia
VISI
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
MISI
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
FALSAFAH
Seseorang individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.
OBJEKTIF
- Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.
- Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan di samping mendokong dasar pembangunan negara.
- Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai di kalangan masyarakat UiTM.
- Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran guna tenaga manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.
- Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang dapat menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.
Petikan di atas dari Laman Web Rasmi UiTM Pulau Pinang
__________________________________________________________________________________________________________________________________
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang terletaknya di Permatang Pauh, Pulau Pinang yang berdekatan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Terminal Feri di Butterworth.
Pagar hadapan UiTM Pulau Pinang.
UiTM Pulau Pinang banyak menyediakan perkhidmatan bagi memudahkan segala urusan semua mahasiswa/mahasiswi.
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah kolej. Perkhidmatan kolej dikendalikan oleh Unit Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). Segala masalah boleh mengenai kolej rujuk kepada pihak JPK . Dalam kawasan kampus terdapat enam kolej yang disediakan untuk mahasiswa / mahasiswi. Bagi pelajar yang tidak dapat perkhidmatan kolej, pihak UiTM Pulau Pinang juga menyediakan rumah sewa di bawah Unit Non - Residential (NR).
Perkhidmatan lain yang disediakan kepada pelajar seperti di bawah;
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah kolej. Perkhidmatan kolej dikendalikan oleh Unit Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). Segala masalah boleh mengenai kolej rujuk kepada pihak JPK . Dalam kawasan kampus terdapat enam kolej yang disediakan untuk mahasiswa / mahasiswi. Bagi pelajar yang tidak dapat perkhidmatan kolej, pihak UiTM Pulau Pinang juga menyediakan rumah sewa di bawah Unit Non - Residential (NR).
Kolej Zamrud
Kolej Baiduri
Kolej Kristal
Perkarangan hadapan Kolej Kristal
Terdapat beberapa tempat di sekitar UiTM Pulau Pinang dijadikan tempat para pelajar untuk menjalankan aktiviti - aktiviti mereka. Seperti
Dewan Besar UiTM Pulau Pinang.
Laman Perdana UiTM Pulau Pinang di mana para pelajar menjalankan aktivti dan merupakan tempat peperiksaan.
Laman Siswa juga berfungsi sama seperti Laman Perdana.
Pusat Islam bagi memudahkan para pelajar beragama Islam untuk menunaikan ibadah dan melaksanakan aktiviti seperti ceramah dan kelas membaca Al - Quran.
Perpustakaan UiTM Pulau Pinang.
'Outdoor Gym'.
Pusat kegiatan sukan pelajar seperti gelanggang futsal, bola tampar, sepak takraw dan bola keranjang.
Ruangan pejalan kaki.
Hotel UiTM Pulau Pinang yang menyediakan penginapan kepada para pelawat yang datang ke UiTM Pulau Pinang untuk menginap.
Indoor gym Ada ke
ReplyDeleteada
DeleteBerapa harga 1 bilik
ReplyDelete4 orang 210
Delete