Permohonan Bantuan Banjir Dari Tabung Kebajikan

Posted by Unknown on 9:15 pm with No comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Mohon kepada mahasiswa/i yang terlibat untuk memberikan perhatian terhadap perkara yang tersebut. Peringatan PENTING kepada pelajar yang memohon borang Tabung Kebajikan Pelajar, tarikh akhir penghantaran borang ialah sebelum 30 JANUARI 2015 kepada pihak HEP..

Sekian, terima kasih.

Tuan Nor Amirah Binti Tuan Hassan,
Exco Kebajikan dan Penempatan,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2014/2015.
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera

Saudara/Saudari

Kepada yang terlibat dengan bencana banjir, anda boleh memohon bantuan dari Tabung Kebajikan Pelajar UiTM (Pulau Pinang). Borang permohonan boleh diambil di HEP, Tingkat 8, Kompleks Perdana atau daripada Saudari Tuan Nur Amirah Binti Tuan Hassan, MPP Exco Kebajikan dan Penempatan.

Sila pastikan borang permohonan dilampirkan bersama:
1. Laporan polis yang menyatakan jumlah kerugian barangan peribadi pelajar
2. Gambar rumah yang terlibat dengan banjir (sekiranya ada)

Sila hantar borang permohonan sebelum 30 Januari 2015

NORHAFIDZAH BINTI MAHDZIR
Penolong Pendaftar (HEP)
UiTM (Pulau Pinang)