Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda mengenai kaunter semakan Kemahiran Insaniah (KI)
Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan membuka kaunter semakan dan pengesahan kupon aktiviti bagi Buku KI yang sudah lengkap. Mohon kerjasama bagi setiap kelab persatuan untuk turun pada hari berkenaan.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 8 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 9.00-4.00 petang.
Tempat : Berhadapan mesin ATM, Laman Perdana

Tarikh : 9 Januari 2015 (Jumaat)
Masa : 9.00-12.00 tengahari.
Tempat : Berhadapan mesin ATM, Laman Perdana.

Sekian, harap maklum. Mohon untuk sebarkan. Terima kasih.

MOHAMAD SHAFUAN BIN JAMALUDIN,
Exco Akademik dan Kepimpinan
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang,
Sesi 2014/2015.



MAKLUMAN TERKINI MENGENAI MANGSA BANJIR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Update terkini [21:15 29 Dis 2014, Isnin]

Berikut merupakan senarai nama pelajar Uitm Pulau Pinang yang terlibat dengan banjir dan memberikan nama kepada saya.
Sekiranya sahabat sekelas atau rakan sebilik yang masih belum pulang dan tiada nama dalam senarai, terutamanya pelajar Ijazah Sarjana Muda, bolehlah melaporkan kepada saya.

Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan.

TUAN NOR AMIRAH BINTI TUAN HASSAN,
EXCO KEBAJIKAN DAN PENEMPATAN,
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang,
Sesi 2014/2015.
(010-5704388)


 

PENGUMUMAN PENANGGUHAN KULIAH KUMPULAN A


PENGUMUMAN PENANGGUHAN KULIAH KUMPULAN A (PRA-DIPLOMA, ASASI, DIPLOMA) 

Susulan dari peristiwa banjir yang sedang melanda negara kita, UiTM ingin memaklumkan bahawa: 

1.Sesi kuliah kedua bagi kumpulan A ditangguhkan kepada 11 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan 12 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. 

2. Minggu ulangkaji (study week) yang dijadualkan pada 23-29 Mac 2015 adalah DIBATALKAN.

3. Para pelajar dinasihatkan untuk merancang pengangkutan dengan baik. Pelajar2 sekolah yang juga akan mula sesi sekolah tahun 2015 pada tarikh yang sama.

PERMOHONAN PEMIMPIN MINGGU DESTINI SISWA

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Makluman kepada semua pelajar Ijazah, pihak Unit Kepimpinan Pelajar sedang mencari Pemimpin Minggu Destini Siswa yang baru. Mana - mana mahasiswa atau mahasiswi yang berminat untuk menjadi Pemimpin Minggu Destini Siswa, anda boleh dapatkan borang permohonan di pejabat Hal Ehwal Pelajar, tingkat 8. Tarikh tutup permohonan adalah 9 Januari 2015.

Sekian.

"Nadi Keterampilan Mahasiswa"

Exco Informasi dan Penerbitan,
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2014 / 2015,
Muhammad Farhan Bin Masdar.


Sahsiah Rupa Diri Pelajar