Karnival i-Want Sihat

[HEBAHAN UMUM]
Assalammualaikum,
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah bersama UiTM Cawangan Pulau Pinang akan menganjurkan Karnival i-want Sihat.
Karnival ini akan diadakan pada 28 Nov 2015 (Sabtu) pukul 7 pagi - 1 petang di Dewan Besar.
Banyak aktiviti yang menarik akan diadakan seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah mengenai kesihatan dan cabutan bertuah.
Banyak hadiah yang menarik menanti anda.
Kami juga berharap semua warga UiTM Cawangan Pulau Pinang dapat hadir terutama sekali pelajar Ijazah Sarjana Muda.
"Aspirasi Merealisasikan Keunggulan"
Sekian, terima kasih.


CHARTER TRANSPORT

[CHARTER TRANSPORT]
Charter Transport @ UiTM Bertam Campus
Makluman kepada pelajar UiTM Kampus Bertam,
perkhidmatan van charter akan disediakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar bagi memudahkan pergerakan pelajar menuju ke destinasi sekitar Bertam, Jeti di Butterworth serta UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh.
Bayaran dikenakan mengikut destinasi tertentu. Masa operasi seperti berikut:
--> Isnin - Jumaat (2PM - 10PM)
--> Sabtu & Ahad (10AM - 10PM)
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sosial Facebook page Bertam Students Council.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi
2015/2016
UiTM Cawangan Pulau Pinang


EKSPO KELAB & PERSATUAN IJAZAH

[EKSPO KELAB & PERSATUAN IJAZAH]
Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
Ekspo Kelab dan Persatuan (EXKEP) Ijazah Sarjana Muda Sesi September 2015 - Januari 2016 dengan tema "Cyberworld"akan diadakan pada butiran berikut:
TARIKH :
22 - 23 Oktober 2015
(Khamis - Jumaat)
MASA:
10.00 pagi - 11.00 malam
TEMPAT:
Laman Siswa, Kompleks Perdana
PERTANDINGAN:
1. Video Korporat
(Tarikh akhir hantar video korporat pada 18/11/2015)
2. Tatarias Booth
(Mengikut kesesuaian tema)
3. The Presenter
(Pengucapan dari wakil kelab)
PEMBERITAHUAN:
Setiap kelab mestilah hantar persembahan multimedia/slideshow menampilkan identiti dan foto aktiviti kelab.
Jumpa anda di sana ....
Untuk pertanyaan, sila hubungi Zainal, Exco Keusahawanan dan Kerjaya di talian 0129114166
*ASPIRASI MEREALISASIKAN KEUNGGULA*
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2015/2016
UiTM Cawangan Pulau Pinang



Makluman Jadual Peperiksaan Akhir Kumpulan A

Assalammualaikum
Kepada semua mahasiswa / mahasiswi UiTM (Pulau Pinang),
Jadual Peperiksaan Akhir Kumpulan A telah dikeluarkan secara talian anda boleh mengaksesnya melalui talian ini,
Bagi yang tidak berjaya mengakses melalui talian di atas, anda boleh melawat ke Student Portal, istudent.uitm.edu.my dan klik pada kekunci Examination dan pilih Final Exam Timetable Group A.
Sekian.
Exco Pembangunan ICT, Informasi & Penerbitan.

Sahsiah Rupa Diri Pelajar