Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda mengenai kaunter semakan Kemahiran Insaniah (KI)
Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan membuka kaunter semakan dan pengesahan kupon aktiviti bagi Buku KI yang sudah lengkap. Mohon kerjasama bagi setiap kelab persatuan untuk turun pada hari berkenaan.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 8 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 9.00-4.00 petang.
Tempat : Berhadapan mesin ATM, Laman Perdana

Tarikh : 9 Januari 2015 (Jumaat)
Masa : 9.00-12.00 tengahari.
Tempat : Berhadapan mesin ATM, Laman Perdana.

Sekian, harap maklum. Mohon untuk sebarkan. Terima kasih.

MOHAMAD SHAFUAN BIN JAMALUDIN,
Exco Akademik dan Kepimpinan
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang,
Sesi 2014/2015.



MAKLUMAN TERKINI MENGENAI MANGSA BANJIR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Update terkini [21:15 29 Dis 2014, Isnin]

Berikut merupakan senarai nama pelajar Uitm Pulau Pinang yang terlibat dengan banjir dan memberikan nama kepada saya.
Sekiranya sahabat sekelas atau rakan sebilik yang masih belum pulang dan tiada nama dalam senarai, terutamanya pelajar Ijazah Sarjana Muda, bolehlah melaporkan kepada saya.

Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan.

TUAN NOR AMIRAH BINTI TUAN HASSAN,
EXCO KEBAJIKAN DAN PENEMPATAN,
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang,
Sesi 2014/2015.
(010-5704388)


 

PENGUMUMAN PENANGGUHAN KULIAH KUMPULAN A


PENGUMUMAN PENANGGUHAN KULIAH KUMPULAN A (PRA-DIPLOMA, ASASI, DIPLOMA) 

Susulan dari peristiwa banjir yang sedang melanda negara kita, UiTM ingin memaklumkan bahawa: 

1.Sesi kuliah kedua bagi kumpulan A ditangguhkan kepada 11 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan 12 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. 

2. Minggu ulangkaji (study week) yang dijadualkan pada 23-29 Mac 2015 adalah DIBATALKAN.

3. Para pelajar dinasihatkan untuk merancang pengangkutan dengan baik. Pelajar2 sekolah yang juga akan mula sesi sekolah tahun 2015 pada tarikh yang sama.

PERMOHONAN PEMIMPIN MINGGU DESTINI SISWA

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Makluman kepada semua pelajar Ijazah, pihak Unit Kepimpinan Pelajar sedang mencari Pemimpin Minggu Destini Siswa yang baru. Mana - mana mahasiswa atau mahasiswi yang berminat untuk menjadi Pemimpin Minggu Destini Siswa, anda boleh dapatkan borang permohonan di pejabat Hal Ehwal Pelajar, tingkat 8. Tarikh tutup permohonan adalah 9 Januari 2015.

Sekian.

"Nadi Keterampilan Mahasiswa"

Exco Informasi dan Penerbitan,
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2014 / 2015,
Muhammad Farhan Bin Masdar.


MAKLUMAN PENTING !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Makluman bagi pelajar yang terkandas dengan banjir, pelajar dikehendaki untuk berurusan dengan pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) dan pihak Unit Peperiksaan UiTM Pulau Pinang.
Pelajar juga dinasihati supaya membuat laporan polis terlebih dahulu bagi menyatakan ketidakhadiran anda pada hari peperiksaan dan menghantar laporan tersebut setelah kembali ke kampus.
Anda juga diminta untuk memaklumkan kepada penasihat akademik masing-masing mengenai status anda.
Mengenai tarikh peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar yang terlibat dengan masalah tersebut akan dimaklumkan semula oleh pihak HEA samada selepas Peperiksaan Akhir tamat atau pada semester hadapan.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) di talian 04-3822813 dan
Unit Peperiksaan di talian 04-3822891, 043823191 dan 04-3823193.

Sekian, terima kasih.

MOHAMAD SHAFUAN BIN JAMALUDIN,
Exco Akademik dan Kepimpinan
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang,
Sesi 2014/2015.

PESANAN DARIPADA EXCO AKADEMIK


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


     Selamat menduduki peperiksaan akhir bagi Sesi Nov-Jan 2014/2015. Walaupun negara kita sedang diuji dengan pelbagai ujian dariNya namun perjuangan kita masih belum tamat. Dengan penuh harapan dan impianibubapa kita ayuh mahasiswa/i kita melakukan yang terbaik dan sebaik mungkin dalam peperiksaan akhir ini. Tidak lupa juga saudara kita yang ditimpa musibah, ringankanlah tangan bermunajat memohon dimudahkan segala urusan olehNya. Insya allah dengan izinNya dipermudahkan. Mahasiswa/i diingatkan untuk mematuhi segala peraturan dan mematuhi etika pemakaian mengikut sahsiah rupa diri yang telah ditetapkan oleh pihak universiti sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Anda juga seharusnya menjaga kesihatan sepanjang musim peperiksaan. Berikut dikepilkan makluman berkaitan kebenaran pelajar membawa kamus versi English-English semasa peperiksaan akhir bagi kod kursus Bahasa Inggeris ELC500, ELC 501 dan ELC 550.
Sekian, terima kasih.

MOHAMAD SHAFUAN BIN JAMALUDIN,
Exco Akademik dan Kepimpinan
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang, 
Sesi 2014/2015.




MAKLUMAN TERKINI MENGENAI MANGSA BANJIR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Update terkini [14:50, 28 Dis 2014, Ahad]
Berikut merupakan senarai nama pelajar Uitm Pulau Pinang yang terlibat dengan banjir dan memberikan nama kepada saya.
Sekiranya sahabat sekelas atau rakan sebilik yang masih belum pulang dan tiada nama dalam senarai, terutamanya pelajar Ijazah Sarjana Muda, bolehlah melaporkan kepada saya.
Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan.
TUAN NOR AMIRAH BINTI TUAN HASSAN,
EXCO KEBAJIKAN DAN PENEMPATAN,
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang,
Sesi 2014/2015.
(010-5704388)


MAKLUMAN TERKINI MENGENAI MANGSA BANJIR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam UiTM dihatiku.

Update terkini [15:50, 27 Dis 2014, Sabtu]

Disini senarai nama pelajar yang terkandas di negeri masing-masing yang telah berhubung dengan pihak kami.

1. NOR FADILAH BT JASNI
2. NURUL FATEN JANNAH BT MOHD TASIN
3. NUR SUHAIZAD BINTI MAT JUSOFF
4. FARAH SAHIRA BT ZULKEFLI
5. SITI HABIBAH BINTI MUKHARI
6. NURUL ATIKAH BT CHE ABDULLAH
7. HANIS FARHANA BT HANAFI
8. TUAN NORSHUHANA BT TUAN IBRAHIM
9. YUSMANI BINTI MAT YUNUS
10. NOR ANIS ASHIKIN BINTI MOHD YUSSOF
11. ZAIMAH BT ISMAIL
12. SYAZWANI BINTI SHAMSUL BAHARI
13. NUR FATIN NAJWA MOHD ROSLI
14. NOOR ASIKIN BINTI CHE WEE
15. NOR AIFA BT MOHD ZULKINAIN
16. MOHD FARIS SYAZLIN B MOHD ZAINI
17. NUR FATIN FADHILAH BINTI MOHAMAD YUNOS
18. ROSHAFIKAH BINTI ABDUL GHANI
19. UMI NURQMAL BINTI YAZID
20. NURSYAHIDA SYAFIRA BT AZIMI

Sekiranya sahabat sekelas atau rakan sebilik yang masih blum pulang dan tiada nama dalam list, terutamanya pelajar Ijazah Sarjana Muda, bolehlah melaporkan kepada Exco Kebajikan Dan Penempatan iaitu
TUAN NOR AMIRA TUAN HASSAN (010-5704388)

Sekian. Harap maklum.

AZNIDA BINTI MOHAMAD DON,
SETIAUSAHA AGUNG,
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang,
Sesi 2014/2015.

PESANAN DARIPADA YDP MPP UiTM PULAU PINANG

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Salam UiTM dihatiku.

Update terkini [8:40pagi, 27/12/2014, Sabtu]

Seramai 21 orang pelajar UiTM (Pulau Pinang) masih terkandas dalam banjir di pantai timur yang berjaya melaporkan diri mereka kepada kami, MPP dan dipercayai masih ramai yang terputus talian.

Berikutan cuaca yang semakin buruk dan paras air semakin meningkat, ada dalam kalangan pelajar yang terputus hubungan dan tidak berjaya memaklumkan kepada pihak UiTM (Pulau Pinang).

Sekiranya sahabat sekelas atau rakan sebilik yang masih blum pulang terutamanya pelajar Ijazah Sarjana Muda, bolehlah melaporkan kepada Exco Kebajikan Dan Penempatan iaitu TUAN NOR AMIRA TUAN HASSAN (010-5704388)

Dari Pihak MPP, Kami akan memaklumkan kepada pihak HEA UiTM (Pulau Pinang) nama pelajar yang masih terkandas. Sebarang permasalahan ataupun notis mengenai peperiksaan akan dimaklumkan kepada pelajar.

Tabung khas UiTM telah diutarakan kepada pihak Induk iaitu UiTM Shah Alam. In sya Allah, dalam masa terdekat respon dari pihak utama akan dibalas dan usaha membawa pulang pelajar sedang giat dijalankan bersama UiTM Kedah yang mana jumlah pelajarnya melebihi 100 orang yang terkandas.

Apa yang penting, pelajar dinasihatkan menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan tidak lupa juga untuk berdoa kepada rakyat Malaysia terutama yang berada di pantai timur. Semoga dipermudahkan dalam Segala kesulitan..

Sekian.

SYAHRUDDIN BIN ISMAIL
YANG DIPERTUA,
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang,
Sesi 2014/2015.

PESANAN DARIPADA NYDP MPP

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Ketika ini kita dikejutkan dengan musibah banjir besar yang melanda tanah air kita seperti di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Ini serba sedikit mengingatkan kita kepada peristiwa-peristiwa zaman nabi-nabi terdahulu seperti zaman Nabi Nuh AS. Akibat dari kedegilan manusia tidak mahu beriman kepada Allah SWT, Allah turunkan banjir besar yang meneggelamkan seluruh kaum Nabi Nuh AS melainkan pengikut-pengikutnya yang beriman.

Begitu juga diambil dari kisah pada zaman Nabi Luth AS. Allah turunkan gempa bumi yang dasyat kepada kaum Nabi Luth AS akibat daripada kerakusan manusia itu sendiri yang terus dan terus melakukan maksiat dan dosa.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa ini, jelaslah bahawa bencana yang kita alami pada ketika ini bukanlah sekadar bencana sahaja. Tetapi adalah ujian dan peringatan dari Allah kepada kita semua akibat dari kerakusan tangan-tangan manusia melakukan kerosakan di muka bumi Allah itu sendiri.

Oleh itu, perbanyakkanlah munajat kepada Allah. Kembalilah kepada Allah. Kerana sesungguhnya Allah merindui hamba-hambaNya untuk terus bermunajat kepadaNya.

Teruskan berdoa untuk kesejahteraan saudara-saudara kita yang dilanda ujian ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar segala rintihan hamba-hambaNya. Bagi yang berkemampuan, hulurkanlah bantuan anda semampu mungkin. Hari ini mungkin hari mereka, esok lusa hanya Allah yang tahu.

Saya juga menasihatkan mahasiswa mahasiswi sekalian jagalah kesihatan diri anda semua. Kita sedia maklum bahawa pelajar ijazah akan memulakan peperiksaan akhir pada hari Isnin ini. Jadi, jagalah kesihatan dan keselamatan diri anda. Berusahalah selagi mampu. Dan paling penting mohonlah perlindungan dan pertolongan kepadaNya. Serahkan segala apa usaha kita kepadaNya dan jagalah niat kita belajar hanya kerana Allah dan bukan kerana peperiksaan semata-mata.

Akhir kata, selamat maju jaya saya ucapkan kepada pelajar-pelajar ijazah UiTM yang bakal menjalani peperiksaan akhir. Dan untuk pelajar-pelajar diploma, teruskan semangat anda untuk terus menimba ilmu. Sama-samalah kita jaga nama baik universiti kita.

"Universiti kita, rumah kita"

Sekian.

Mohd Shahiran bin Jamil
Naib Yang di-Pertua,
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang Sesi 2014/2015.

PENGENGUMAN PENTING !

assalamualaikum dan salam uitm dihatiku..

setelah dirujuk daripada pihak hea,,mana-mana pelajar yang terkandas di kawasan yang dilanda banjir,,anda diminta untuk membuat laporan polis dan laporan tersebut bolehlah dihantar ke pihak hea selepas pulang ke kampus sebelum, semasa atau selepas peperiksaan akhir berlangsung. diminta pelajar untuk memaklumkan perkara tersebut kepada penasihat akademik untuk mengenalpasti bilangan pelajar yang tidak dapat hadir untuk menduduki peperiksaan akhir bagi pelajar ijazah.

mohon kerjasama anda bagi memudahkan urusan dan proses bagi semua pihak.

TUAN NOR AMIRAH BINTI TUAN HASSAN
EXCO KEBAJIKAN DAN PENEMPATAN 
MPP sesi 2014/2015
(010-5704388)

SECARA RASMI MEMPERKENALKAN BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2014 / 2015


PENGENGUMAN PENTING !

Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera & salam UiTM dihatiku

PENGUMUMAN PENTING.

Perhatian kepada mana-mana mahasiswa Ijazah Sarjana Muda yang pulang ke kampung sewaktu cuti minggu ulangkaji dan terkandas akibat banjir (terutamanya mahasiswa yang berada di negeri Kelantan) serta bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Sila berikan maklumat diri anda kepada saya melalui sms/whatsapp bagi mengenal pasti jumlah pelajar yang masih terkandas untuk dimaklumkan kepada pihak UiTMPP. 

Mohon bantuan sahabat-sahabat

TUAN NOR AMIRAH BINTI TUAN HASSAN
EXCO KEBAJIKAN DAN PENEMPATAN 
MPP sesi 2014/2015
(010-5704388)

DOAKAN UNTUK MANGSA BANJIR


Assalammualaikum kawan-kawan. Jom tukaq DP. Pakai yang kat bawah ni sebagai kempen UiTM Berdoa untuk mangsa banjir.

As one I am strong, but together we are UNSTOPPABLE! 

#UiTMBerdoa #UiTMCare #UiTMUnite

SEMOGA BERJAYA !


Assalammualaikum.
Kami ingin mengucapkan selamat berjaya dalam menduduki peperiksaan akan datang kepada semua pelajar Ijazah Muda. Semoga yang bakal menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat dan menjawab dengan bersungguh - sungguh nanti. Pastikan para pelajar juga mendapatkan rehat yang secukupnya supaya tenang dalam menjawab peperiksaan akhir nanti.
Sekian

JAWATANKUASA BARU UNTUK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2014 / 2015

Bismillah...

Assalamualaikum dan Salam UiTM Dihatiku

Berikut merupakan Jawatankuasa baru bagi Perwakilan Pelajar pada sesi kali ini. Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2014/2015:-

YANG DIPERTUA
SYAHRUDDIN BIN ISMAIL
FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

NAIB YANG DIPERTUA
MOHD SHAHIRAN B JAMIL
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

SETIAUSAHA AGUNG
AZNIDA BINTI MOHAMAD DON
FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

BENDAHARI KEHORMAT
NUR ELLYANA BINTI ZULKAIFLE
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

EXCO KEBUDAYAAN, SUKAN DAN REKREASI
ANNE MITCHELLE
FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA

EXCO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN
MOHAMAD SHAFUAN BIN JAMALUDIN
FAKULTI PENGURUSAN HOTEL & PELANCONGAN

EXCO KERJAYA, KEROHANIAN DAN KAUNSELING
MUHAMAD SHUKRI BIN SAAD
FAKULTI SAINS & KESIHATAN

EXCO KEBAJIKAN DAN PENEMPATAN
TUAN NOR AMIRAH BT TUAN HASSAN
FAKULTI PENGURUSAN HOTEL & PELANCONGAN

EXCO ETIKA, PERUNDANGAN DAN KEUSAHAWANAN
MOHD KHAIRUL IKHWAN BIN SABER
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

EXCO PERHUBUNGAN LUAR DAN ANTARABANGSA
NURUL AZWA BINTI MUHAMAD TAMRIN
FAKULTI SAINS & KESIHATAN

EXCO PEMBANGUNAN ICT, INFORMASI DAN PENERBITAN
MUHAMMAD FARHAN BIN MASDAR
FAKULTI FARMASI

EXCO PERHUBUNGAN DALAMAN DAN ALUMNI
SITI NOOR AIDA BT MOHD ZAID
FAKULTI FARMASI


Kami berharap dapat membantu dan menyelesaikan para pelajar dan staf di UiTM Pulau Pinang.
Sekian.



Sahsiah Rupa Diri Pelajar